Saturday, September 20, 2008

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa



Pada 19hb Ramadan Tabung Kebajikan telah mengadakan majlis Bertadarus dan berbuka puasa di masjid Az-Zakirin Pantai Sri Tujuh.Program diadakan bagi menjalinkan silaturahim antara ahli -ahli,turut dijemput semua ahli MTD,Ajk Pemuda,Imam dan Ajk masjid,Penghulu Mukim dan penduduk sekitar.Program dimulakan dengan bertadarus yang di sampaikan oleh
Al-Fadhil Ust Ropein Hassan (Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI).
Majlis ini juga di hadiri oleh semua peserta muslimat untuk membantu bagi menyediakan juadah berbuka.Selesai bertadarus peserta dan jemputan berbuka dengan hanya Buah tamar dan air terus solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pelajar Tahfiz Pulau Condong.Selesai solat peserta dan jemputan ke ruang bawah masjid untuk menjamu selera.Program ini melakar sejarah kerana ia julung-julung kali diadakan oleh Peserta Ladang Rakyat, semoga program ini dapat di teruskan dimasa akan datang.Kepada tetamu jemputan muslimin dan muslimat yang hadir pihak Tabung kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kerana menjayakan program ini. Sekian

Gambar-gambar sekitar Program































No comments: