Monday, December 8, 2008

Banjir 2008 N01 dun Pengkalan Kubor


Peserta Ladang Rakyat bersama-sama dengan Pemuda Dun menyiapkan bungkusan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.



Peserta Ladang Rakyat Muslimat turut meluangkan masa bagi menyiapkan bungkusan di bilek gerakan


Bekalan yang siap sedia untuk di bungkus
Antara peserta yang bertungkus lumus siang malam






Monday, December 1, 2008


Perjuangan bukan dihampari permaidani merah
Ustaz Idris Ahmad
Mon | Dec 01, 08 | 11:32:08 am MYT


'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.
Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma dan qias.

PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk

"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.

Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato� Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT

Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.

Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

(Penulis adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat) _

Tuesday, November 11, 2008

Program Jati Diri Siri Ke 19

Program Jati diri siri ke 19 di adakan pada 12 Zulkaedah 1429h di Masjid An-Nur Pantai Geting. Jati diri ke 19 merupakan kertas kerja siri 1 yang bertajuk SIIRAH RASULLULLAH
S.A.W yang di sampaikan ole Penceramah dari Perbadanan Ladang Rakyat iaitu Al-Fadhil Ust Azariza.Program bermula pukul 3.30 ptg dan selesai selepas solat asar berjemaah.Program di pengerusikan oleh Ustaz Rusli Mat Zain yang merupakan Ketua Penerangan Dun .
Turut hadir Setiausaha MTD Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Penghulu

Peserta sedang mendengar Kuliah
Dengar molek eh .... lepas ni ad periksa pulak ni
Peserta Muslimat yang hadir


cepat sikit eh rakaat ke 2 dah tuu......
SU Dun bersama AJK menjamu selera selepas program

Thursday, November 6, 2008

Gotong-Royong Pagar Kubor




17/10/2008 Ahli Jawatankuasa Masjid Assomadi telah memanggil 50 0rang tukang bagi membincangkan kaedah bagi membina pagar kubur di Kg Geting Tengah. Perbincangan yang berlangsung selepas Solat Jumaat dan bertempat di masjid.




Sehubungan dengan itu Pihak Tabung Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor telah menghantar wakil untuk mendengar taklimat yang di sampaikan oleh AJK Masjid As-Somadi dan seterusnya mengadakan mesyuarat untuk di persetujui.AJK Tabung Kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor sebulat suara bersetuju mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong ini yang bermula pada 02 Zulkaedah 1429h / 31 oktober 2008 dan pada 9 Zulkaedah 1429h / 07 November 2008

Inilah Aksi Tukang-Tukang Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor


















Imam Dan Penghulu Mukim Geting Turut Hadir







Saturday, October 25, 2008

Penilaian Bertulis















Peserta Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor sedang mendengar taklimat tentang ujian bertulis bagi penilaian program kumpulan peneguhan jati diri.Ujian diadakan pada 25hb10.2008 bertempat di dewan Penggawa Pengkalan Kubor.Ujian ini di adakan adalah untuk menilai sejauh mana kefahaman ahli-ahli terhadap program-program yang telah di adakan oleh Perbadanan.Taklimat di sampaikan oleh En Azman Ibrahim iaitu Pegawai Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
Turut hadir pada majlis ini ialah En Abdullah Esa ( Timbalan Pengarah 2 MTD Pengkalan Kubor ) dan Ketua Penerangan Dun Al-Fadhil Ust Rusli Mat Zain.




Gambar-gambar sekitar Program









































































































Kepada yang menjayakan Program ini saya bagi pihak Ajk Tabung Kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor dan ahlinya Mengucapkan Ribuan Terima Kasih.
Semoga manfaat dari Program-program yang di adakan dapat merealisasikan Kerajaan Negeri Kearah Negara Berkebajikan .


Thursday, October 16, 2008

Jamuan Hari Raya















Ni lawak lepas prog... ni















antara temau yg hadir






























Muslimat Gotong Royong














kacau jangan tak kacau






















make sokmo pade besar pun















Peserta Ladang rakyat dun pengkalan kubor turut serta dalam gotong royong jamuan hari raya ini dan di tugas sebagai penyiang daging dan tulang.....