Saturday, September 20, 2008

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa



Pada 19hb Ramadan Tabung Kebajikan telah mengadakan majlis Bertadarus dan berbuka puasa di masjid Az-Zakirin Pantai Sri Tujuh.Program diadakan bagi menjalinkan silaturahim antara ahli -ahli,turut dijemput semua ahli MTD,Ajk Pemuda,Imam dan Ajk masjid,Penghulu Mukim dan penduduk sekitar.Program dimulakan dengan bertadarus yang di sampaikan oleh
Al-Fadhil Ust Ropein Hassan (Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI).
Majlis ini juga di hadiri oleh semua peserta muslimat untuk membantu bagi menyediakan juadah berbuka.Selesai bertadarus peserta dan jemputan berbuka dengan hanya Buah tamar dan air terus solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pelajar Tahfiz Pulau Condong.Selesai solat peserta dan jemputan ke ruang bawah masjid untuk menjamu selera.Program ini melakar sejarah kerana ia julung-julung kali diadakan oleh Peserta Ladang Rakyat, semoga program ini dapat di teruskan dimasa akan datang.Kepada tetamu jemputan muslimin dan muslimat yang hadir pihak Tabung kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kerana menjayakan program ini. Sekian

Gambar-gambar sekitar Program































Friday, September 19, 2008

ORGANISASI TABUNG

Tabung Tindakan Kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor talah mengadakan perjumpaan semua ahli-ahlinya pada 30 julai 2008 bertempat di masjid An-Nur Pantai Geting.Perjumpaan ini diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa Tabung untuk sesi 2008/2010.Hasil dari perjumpaan ini maka tertubuhlah Ahli Jawatankuasa seperti berikut :

*************************************************************************************
TABUNG TINDAKAN KEBAJIKAN PESERTA LADANG RAKYAT
DUN PENGKALAN KUBOR
No 1 Jln.TuanGuru Hj.Daud Kg Tebing,
16080 Pengkalan Kubor
Tumpat Kelantan
(Tel / Fax : 09-7212291 )
Email No : dunpenkalankubor@yahoo.com
***************************************

AHLI JAWATANKUASA
=================

Bil Nama Jawatan
=== ==== =======

1 Ybrs. Ust Hj Wan Mohd Jamil ~ Penasihat
2 Mohd Noor Mahmud ~ Pengerusi
3 Abdullah Said ~ Timb Pengerusi
4 Mohd Roza Hj Mohamad ~ Setiausaha
5 Muhd Zuki Daud ~ Bendahari
6 Mohd Rosli Dollah ~ Ajk
7 Mat Isa Ripin ~ Ajk
8 Sakri Daud ~ Ajk
9 Mohd Nawi Sulaiman ~ Ajk
10 Zulkifli Yusof ~ Ajk
11 Muhamad Yusoff ~ Ajk
12 Safie Daud ~ Ajk
13 Che Muhd Halim Che Muhammad ~ Ajk
14 Mohd Fatihi Hassan ~ Ajk
15 Hilmi b Salleh ~ Ajk
16 Mat Daud b Abdullah ~ Ajk
17 Abdullah Sulaiman ~ Ajk
18 Ghani b Mat Diah ~ Ajk
19 Zainudin Muhamad ~ Ajk
20 Sakri b. Ibrahim ~ Ajk
21 Muhd Zuki Zakaria ~ Pemeriksa Kira2 1
22 Loman Abdullah ~ Pemeriksa Kira2 2

Thursday, September 18, 2008

Salam Perkenalan

l


Selamat datang ke Blog Tabung Kebajikan Ladang Rakyat Dun Pengkalan Kubor.Di anggotai oleh 99 peserta yang di pilih dari segenap lapisan masyarakat di peringkat dun Pengkalan Kubor.
Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Pengkalan Kubor telah menubuhkan Tabung ini bagi menjaga kebajikan peserta-peserta.Ajk di pilih di kalangan peserta untuk merealisasikan seruan Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam kearah Negara Berkebajikan